MOY Publications

MOY Publications Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Kharisma Publications) ialah syarikat penerbitan buku dan majalah Malaysia yang beroperasi di Subang Jaya, Selangor, diasaskan oleh Datuk Mohd Othman Yusof yang turut berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Syarikat ini terkenal dengan majalah Ujang dan APO? terbitannya. Kedua-kedua majalah ini menjadi antara majalah kartun dengan jualan terlaris di Malaysia. Syarikat ini menamatkan operasi pada 5 Ogos 2015 dan sejak itu, majalah Ujang dan APO? tidak lagi diterbitkan.[2]

MOY Publications

Industri Percetakan
Nama dahulu Kharisma Publications (1993–1997)
Laman web rasmi www.moy.com.my
Tokoh penting
  • Datuk Md. Othman Hj. Yusof (Pengarah Urusan)
  • Yusof Huzairy Othman (Pengurus Besar)[1]
Ibu pejabat Subang Jaya, Selangor
Keluaran Komik
Ditubuhkan 1 Disember 1998
Dibubarkan 5 Ogos 2015
Pembahagian MOY Ultimate